sumber - Sinar Harian
SHAH ALAM - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong menafikan dakwaan bekalan gula di beberapa daerah seperti Sabak Bernam, Kuala Selangor tidak mencukupi seperti yang disiarkan sebelum ini.
Menurut beliau, setakat ini barang keperluan asas seperti gula, beras, minyak dan sebagainya di pasaran hari ini masih mencukupi dan rakyat Selangor tidak perlu bimbang.
“Sebenar pengguna menyimpannya, mereka menyimpan gula walaupun pada masa ini tiada bukti mengatakan terdapatnya kekurangan gula atau apa-apa bahan asas. Kita sudah ada stok yang sememangnya cukup sejak dua tahun lalu. Saya rasa orang ramai tidak panik, bekalan masih cukup.
Sebulan tiada gula
sumber - Sinar Harian

Peniaga kedai runcit, Jamaluddin Rosli, 34, berkata, sudah sebulan bekalan gula tidak diperoleh walaupun berkali-kali meminta pemborong menghantarnya.
“Bulan lepas, saya memesan 100 dozen melalui pemborong namun saya amat kecewa apabila hanya 20 dozen saja yang saya peroleh,” katanya.
Seorang lagi pekedai yang ditemui, Azhar Sulaiman, 50, ramai pembeli yang datang ke kedainya kecewa apabila mendapati beka-lan gula kehabisan, malah ada antara mereka yang datang berkali-kali pada hari sama.
“Kenapa setiap kali Ramadan dan musim perayaan bekalan sentiasa tidak mencukupi?
No comments:
Post a Comment