Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Wednesday, August 19, 2009

MESTI TONTON - Qamar Bani Hashim @ Astro Oasis!

Salam,
Teman terperasan siri drama arab yang amat menarik ini dalam iklan di astro semalam.
Petang ni teman dapat menyaksikan drama tersebut sendiri!
Amat menarik dan meruntun jiwa. Kebetulan petang tadi adalah siri ke-3 yang mengisahkan bagaimana perancangan tentera abrahah yang diketuai oleh Raja Abrahah yang amat zalim dan kejam!

Walaupun ketua Bani Hashim, Abdul Mutalib cuba untuk berbincang dengannya, dia tetap mahu memusnahkan Kaabah! Akhirnya Abdul Mutalib kembali kepada kaumnya dan menyeru agar kaumnya keluar dan menyorok di pergunungan serta berharap agar Allah menghancurkan tentera Abrahah..

Seterusnya.. seperti yang kita sedia maklum seperti yang difirmankan oleh Allah SWT didalam Surah Al-Fiil. Apa yang menarik adalah drama ini menyelitkan seorang 'pencerita' yang menceritakan kisah-kisah disamping membacakan ayat-ayat Al-Quran yang membuktikan kebenaran sejarah kehidupan keluarga dan diri Rasulullah SAW.

Siri ini sedang ditayangkan di Astro Oasis setiap jam 6.00pm Isnin-Jumaat dan ulangannya adalah setiap 2 petang keesokan harinya.. Drama selama 1 jam ini amat menarik pada teman laa.. Dengan bangunan-bangunan lama arab, khemah-khemah kabilah, gambaran betapa perkaumannya orang arab ni (macam UMNO), rasa macam tak sabar nak menontonnya setiap petang!

Walaupun teman tak sokong astro ni tapi setakat ini tiada option lain untuk siaran yang lebih baik dari segi penerimaan siarannya. SeWajibnya RTM & penyiar swasta memperbanyakkan siaran yang berguna kepada akidah Umat Islam daripada menyiarkan rancangan-rancangan yang mengarut dan maksiat!

sunsnake

3 comments:

Amirul Iddin Bin Mohadi said...

Salam,
Saya sangat suka kisah mengenai Nabi Muhamad S.A.W.Sekurang cerita ini mengigatkan kita sejarah Nabi Kita .Kalau boleh pengikut umno kaji betapa sukarnya perjuangan Nabi Kita.Umno ni senang je nak tinggalkan syiar islam apa yang di bawa oleh Nabi Kita.

KHAIRUL @ PINTAR said...

utk pengetahuan umum pada malam ada jugak ulangan siarannya.... iaitu jam 11.30 mlm -12.30 mlm....

malah ada org yg sudi menguploadkan kisah ini kat youtube...
ini alamatnya

http://www.youtube.com/watch?v=htBhKpb5AGw&feature=related

George said...

Interesting post... I can see that you put a lot of hard work on your blog. I'm sure I'd visit here more often.
George,
bani.

Related Posts with Thumbnails