Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Thursday, August 20, 2009

Teknik Menjatuhkan Kerajaan Negeri!

Modus operandinya mudah sahaja.. Block geran tahunan yang sepatutnya Kerajaan Negeri dapat daripada Kerajaan Perseketuan, biar Kerajaan Negeri 'rentung' dan kemudian guna segala media & medium untuk menghebahkan kelemahan Kerajaan Negeri tersebut!

Contohnya, gi bilik ICU kat hospital, cabut gas oksigen (life support) daripada mulut pesakit, lepas tu bila pesakit tu mati, nafikan tindakan tersebut, "saya cuma cabut je mask 'life support' tuh! bukan saya bunuh dia!!!"

Sebijik macam Mahathir buat kat Sekolah Agama Rakyat(SAR) dulu.. Stopkan bantuan kewangan perkapita, lepas tu nafikan tutup SAR.. habis cerita! (habis kat dunia laa.. Kat akhirat belum tau lagi!!). Cakap masuk neraka karang kena maki pulak!!!

Inilah yang telah dialami sejak 20 tahun dulu oleh Tuk Guru Nik Aziz dan kerajaan negeri Kelantan! Kerajaan Negeri Terengganu sempat la jugak merasa sepenggal.. memang rakyat Malaysia majoritinya tak perasan modus operandi ni.. La ni bila Kerajaan Negeri Selangor yang kena baru la ramai yang perasan! Alhamdulillah.. pastinya ada hikmah disebaliknya.. cuma agak menghairankan Sultan Selangor lak 'macam' tak perasan! MB Khalid kena inform kat Tuanku ni!

sunsnake

Sultan Selangor tolak

SHAH ALAM 19 Ogos – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini dengan tegas menolak sebarang cadangan untuk menggunakan wang zakat bagi tujuan selain daripada membantu umat Islam dan pembangunan ummah di negeri ini.

Sehubungan itu baginda tidak mahu pihak luar daripada pentadbiran Lembaga Zakat Selangor (LZS) mencampuri hal ehwal pengurusan zakat di negeri ini.

Baginda juga berharap Jabatan Mufti Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dapat sama-sama berganding bahu memastikan pengurusan zakat dapat dijalankan dengan baik dan sempurna.

Titah baginda, pendekatan itu penting agar wang zakat dapat memberi manfaat kepada umat Islam di negeri ini dan diberkati Allah SWT.

“Beta tidak berkenan mereka yang luar daripada pentadbiran LZS campur tangan dalam pengurusan zakat di negeri ini,” titah baginda ketika merasmikan Konvensyen Integriti Pengurusan Zakat Selangor di sini.

Sultan Selangor bertitah, baginda sangat mengambil berat dan mengikuti pengurusan zakat di negeri ini kerana wang zakat dibayar oleh umat Islam bagi menunaikan salah satu daripada Rukun Islam.

Kenyataan Sultan Selangor itu sekali gus menjawab persoalan tentang penggunaan dana Baitulmal bagi tujuan-tujuan lain termasuk menampung kos pembangunan negeri.

No comments:

Related Posts with Thumbnails