Oleh WAHIDA ASRANI
HULU SELANGOR: Setelah lebih dua tahun membiarkan banyak pihak membuatspekulasi dan berteka-teki tentang hubungan mereka, penyanyi sertapenceramah bebas, Akhil Hayy, 40, dan penyanyi popular Waheeda, 30,akhirnya telah selamat diijabkabulkan di Masjid Ar Rahimah, Kuala KubuBaru, pada pukul 12.00 tengah hari tadi.
Pasangan ini akan dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Ustaz Zulhairi Jaid.
Kontroversi yang melanda mereka berlarutan sejak lebih dua tahun lalu apabila mereka dikatakan telah berkahwin dan Waheeda atau nama sebenarnya Norwahidah Abdul Wahab menjadi isteri kedua Akhil. Ketika itu, masing-masing menafikan tentang perkara tersebut dan menegaskan mereka hanya berkawan baik.
Namun, kisah itu semakin panas sekitar Mei lalu apabila isteri Akhil, Maizawati Zainal mengaku tentang pergolakan rumahtangga mereka dan Waheeda turut dikaitkan sebagai punca tersebut.
Antara yang didedahkan oleh Maizawati, dia pernah menyatakan persetujuan membenarkan Akhil berkahwin lagi dan bersedia hidupbermadu setelah suaminya itu mengaku tentang hubungannya dengan Waheeda.
Namun, dia tidak tahu apa status hubungan suaminya dengan Waheeda ketika itu kerana katanya, Akhil sendiri sudah tiga bulan tidak pulang ke rumah dan hanya mengikuti perkembangan kisah suaminya itu menerusimedia.
Maizawati kemudiannya mengambil keputusan bercerai untuk membina kehidupan baru. Dia dan Akhil akhirnya sah bercerai dengan talak satu pada 15 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh. Mstar.
sunsnake
Tahniah dan Selamat Pengantin Baru ya Ustaz! Tiada apa salahnya dengan perkahwinan Ustaz ini cuma jangan abaikan tanggungjawab kat anak-anak dan bekas isteri ya! Dan lain kali jangan tipu-tipu tau!
Tak perasan lak yang Waheeda ni orang Hulu Selangor!
No comments:
Post a Comment