1,400 Kg Gula Sorok Bernilai RM16,500 Dirampas
August 19, 2009 17:10 PM
RAWANG, 19 Ogos (Bernama) -- Sejumlah 11,400 kilogram gula bernilai RM16,500 dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor dari dua rumah di Taman Teratai, Bukit Beruntung di sini Selasa malam.
Timbalan Pengarah KPDNKK Selangor Ahmad Md Isa berkata 228 kampit gula itu disimpan oleh seorang pemilik syarikat pembuatan minuman kordial di premis tidak sah serta tidak memiliki lesen dan surat kuasa dari kementerian berkenaan.
Bertindak atas maklumat polis, pihaknya bersama lima anggota polis menyerbu dua buah rumah itu yang juga dijadikan asrama pekerja asing syarikat terbabit di Jalan Teratai, Taman Teratai pada kira-kira pukul 11 malam tadi.
"Dalam serbuan di rumah pertama, sebanyak 165 kampit gula ditemui yang setiap satunya seberat 50kg. Serbuan di rumah kedua, jaraknya hanya 150 meter, sebanyak 63 kampit lagi ditemui.
"Syarikat itu yang terletak di Bukit Beruntung dipercayai menyimpan gula berkenaan sejak tiga hari lepas di premis yang tidak sah dan kita akan siasat tujuan mereka menyimpan gula itu," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini Rabu.
sumber - bernama
Info Solat
-
Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh
itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam
keadaan b...
11 years ago
No comments:
Post a Comment