
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya mempunyai dua pilihan untuk menyelesaikan isu mengenai peruntukan berkenaan.
“Kita masih mencari jalan supaya Kerajaan Persekutuan menyalurkan dana kewangan melalui Kerajaan Negeri.
"Jika sekiranya perkara itu berlaku (dana kewangan disalurkan terus kepada Kerajaan Negeri), saya tidak akan meneruskan usaha yang lain lagi (cadangan untuk guna dana Baitulmal),” katanya kepada pemberita ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco, di sini, semalam.
Menurut Abdul Khalid, isu itu adalah urusan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
“Kita akan membawa satu pasukan untuk berjumpa dan memberi penerangan kepada menteri berkenaan mengenai ranca-ngan pembangunan serta dana kewangan yang diperlukan di negeri ini.
“Kita hanya ada dua pilihan iaitu ‘be friendly with Federal Government’ (berkawan dengan Kerajaan Persekutuan) ataupun mencari jalan penyelesaian sendiri bagi menyelesaikan masalah ini,” katanya.
No comments:
Post a Comment