Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    11 years ago

Friday, August 28, 2009

Syoknya Tarawih di Bukit Beruntung!


Salam,
Akhirnya malam tadi teman berkesempatan menunaikan Solat Isya dan Tarawih berjemaah di Masjid As-Salam Bukit Sentosa (kembar Bukit Beruntung). Pada yang tidak tahu, Bukit Sentosa ini adalah bersebelahan malahan boleh dikatakan berada di dalam Bukit Beruntung dan begitulah sebaliknya! Demikian akrabnya Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa yang kedua-duanya ber'poskod'kan 48300 Rawang.

Balik pada cerita teman tadi, sebaik sahaja selesai menunaikan Solat Isyak, bilal pun melaungkan seruan Selawat menandakan tiba untuk menunaikan Solat Sunat Tarawih. Yang menariknya apabila selesai Rakaat ke-4 Tarawih dimana sesi Tazkirah diadakan! Subhanallah! Terngiang-ngiang suara Khir Toyo suatu ketika dahulu mengarahkan seluruh masjid di Negeri Selangor agar mengadakan solat Sunat Tarawih 20 rakaat dan diHARAMkan tazkirah! Kononnya Tazkirah akan digunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab a.k.a PAS la tuh!!

Alhamdulillah.. Sepanjang sesi tazkirah malam tadi takde langsung kedengaran perkataan PAS atau PKR atau DAP atau UMNO sekalipun daripada Ustaz yang bertugas! Yang jelas kelihatan beberapa jemaah termasuk yang 'songkok tinggi' beredar meninggalkan masjid! Mungkin tak setuju dengan adanya sesi tazkirah atau mungkin sakit perut! Wallahua'lam.

Malam tadi, Al-Fadhil Ustaz yang bertugas menyampaikan Tazkirah berkenaan Solat Witir, sebelum itu beliau menyampaikan kepentingan Tazkirah, apa dia Tazkirah, mengapa perlunya Tazkirah. Amat menarik kerana inilah masanya yang sesuai untuk menyampaikan peringatan atau tazkirah kerana masjid penuh dengan jemaah! Mungkin ada dikalangan jemaah tersebut yang jarang-jarang kemasjid (macam teman!) atas desakan pekerjaan atau mungkin masalah lain.

Tazkirah akan diadakan jika ada Ustaz yang berkelayakan dan Solat Sunat Tarawih akan diadakan hanya 8 rakaat sekiranya ada tazkirah manakala jika tiada tazkirah, Solat Sunat Tarawih akan diadakan 20 rakaat.

Teman ingin mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada seluruh AJK dan kepimpinan Masjid As-Salam Bukit Sentosa diatas perubahan dalam aktiviti masjid Ramadhan kali ini. Berbeza sungguh dengan sebelum-sebelumnya. Dengan kelas pengajian muslimat yang berterusan (isteri teman pun joint!), dengan pengisian solat jemaah yang sentiasa boleh dikatakan ramai, dengan aktiviti Qiamullail mingguan, dengan aktiviti Iftar/buka puasa yang berlangsung sejak bulan Rejab lagi dan pelbagai lagi aktiviti yang telah dilaksanakan dan masih didalam perancangan.

Buat teman-teman yang lain terutama ahli UMNO Bukit Beruntung, marilah kita sama-sama isikan malam-malam Ramadhan ini dengan mempelbagaikan ibadah. Solat sunat Tarawih 20 rakaat itu bagus namun bukankah amat bagus kalau kita isi dengan Tazkirah yang penuh dengan peringatan? Bukankah cantik kalau kita jadikan Sesi Solat Tarawih kita juga sebagai majlis Ilmu? Otomatiknya dapat pahala berada didalam majlis ilmu.. Pahala 1000 rakaat solat sunat tu syeikh!! lebih dari 20 rakaat Tarawih!...

Wallahua'lam.
Sunsnake

blog masjid As-Salam, Bukit Sentosa Rawang - As-Salam

No comments:

Related Posts with Thumbnails