Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    3 years ago

Friday, August 14, 2009

Pengembaraan Gula di Bukit Beruntung!

“Abang.. gi kedai jap beli gula.. tak cukup la nak buat kek ni..” rayu bini teman dikala teman baru nak landing kat sofa depan TV.

“adusss!!” nak tak nak kena la start enjin motor Kriss 14 tahun teman tuu..

Terus ke kedai runcit ‘Aya’ belakang rumah.. “gula takde la abang.. Saya pun tak tau mana mau cari lagi”.. “aiseh!”

Geli la jugak dengar ‘aya’ tu panggil teman 'abang'..

Teman terus ke Pasaraya A di tengah-tengah bandar Bukit Sentosa.

“Alamak bang, gula takde la.. ramai orang minta ni..” kata cashier kat kaunter bayaran..

Teman terus ke Pasaraya B yang terletak dekat dengan markaz PAS Zon Bukit Beruntung.

“Gula talak laa.. sulah abis..” “Abis bila mau mari stock?” “Tak tau laa.. itu supplier pun kata talak!!”

Dengan hati semakin panas.. teman teruskan lagi ‘Pengembaraan Gula’ teman ke Pasaraya paling besar di Bukit Sentosa, belakang Esso (dulu Mobil).

Tengah-tengah panas, dengan hati pun makin panas.. teman melangkah gagah menuju ke area yang selalu depa letak gula.

“hmmmmm..” dari jauh teman dah nampak kosong..

Seorang pekerja pasaraya besar tersebut bertanya kepada teman “cari apa bang?” bila tengok teman tercongok-congok, terjulur-julur, terjelir-jelir kat tepi rak gula tu..

“Cari tayar kereta Silverstone 50 siri Rim 16..” teman jawab.. terpinga-pinga mamat tuh! Hehehehe

“Gula ada dik? Ke dah abis?” tanya teman, “masuk ni orang yang 1500 tanya gula ada ke idak bang!”

tuu diaaa.. lagi loyar buruk dari aku!!

Teman melangkah longlai.. menuju ke motor 14 tahun teman tu.. dalam hati teman Cuma satu ayat je..

“Mudahnya jadi Menteri Malaysia, pergi melawat kilang gula, tengok stok dalam kilang tu dan umumkan kat dalam kilang tu jugak

KERAJAAN MENJAMIN BEKALAN GULA MENCUKUPI!!!”

“Pergi Jahanam la Menteri tuh!!”

p/s: hari tu teman merasa la makan kek perasa susu tanpa gula!! Resipi emergency bini teman disebabkan ‘shortage’ gula!! Adoiii!! Bagus jugak..

kurangkan gula dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman… wakakakaka!


sunsnake

No comments:

Related Posts with Thumbnails