Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    11 years ago

Thursday, August 20, 2009

Alangkah indahnya kalau Jamaludin Behrang, Osman Changkat Jering & Hee Jelapang yang buat perangai macam nie...

Adun Kota Siputeh tidak maklum kepada Speaker
Oleh Bashir Ishak
Thu | Aug 20, 09 | 3:07:30 pm MYT

ALOR SETAR, 20 Ogos: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Dato' Abu Hasan Sarif(gambar) tidak pernah memaklumkan kepada Speaker DUN, Dato' Dr. Abdul Isa Ismail atau pejabat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tentang ketidakhadiran beliau ke sidang DUn yang diadakan 9 Ogos lalu.

Abu Hassan sendiri tidak hadir pada Sidang Dewan pada 19 April sebelum itu bermakna dia tidak hadir dua kali bertutut-turut.

Menurut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir ke mesyuarat dewan dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, maka kerusinya hendaklah dikosongkan.

Demikian kata Speaker Dun Kedah, Datuk Abdul Isa dalam sidang medianya hari ini.

Menurut Dr Abdul Isa, Abu Hassan hanya memaklumkan perkara demikian kepada Ketua Pembangkang, Dato' Seri Mahdzir Khalid melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

No comments:

Related Posts with Thumbnails