Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Thursday, August 13, 2009

Sekitar Futsal Persahabatan - Pemuda PAS Hulu Selangor vs Pemuda PAS Selayang

Alhamdulillah,
Sesi Perlawanan Futsal Persahabatan diantara Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Selangor vs Dewan Pemuda PAS Kawasan Selayang telah berlangsung dengan penuh Ukhwah dan ceria malam tadi.

Bertempat di VIP Futsal Rawang, perlawanan yang bermula pada jam 10.00 malam itu dimulakan dengan sedikit ucapan dari kedua-dua Ketua Pemuda dan diikuti dengan sesi taa'ruf oleh kesemua ahli dari kedua-dua belah pihak.
Agak menarik kerana bagi diri teman sendiri, ini adalah pertama kali bersua muka dengan AJK DPPK Selayang.
Perlawanan yang berlangsung selama hampir 2 jam itu berkesudahan dengan kemenangan kepada pasukan DPPK Selayang dengan jumlah gol yang tak sempat dikira!

InsyaAllah, aktiviti sebegini akan diteruskan dimasa-masa akan datang dengan keizinan daripada Allah SWT. Mewakili AJK DPPK Hulu Selangor, teman mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian semua yang hadir terutama kepada DPPK Selayang.

Amri Abdullah Sani,
AJK Lajnah Sukan & Kebudayaan,
DPPK Hulu Selangor.

p/s: dibawah ini sedikit rakaman sepanjang perlawanan berlangsung!

Pasukan Hulu Selangor (jersi hijau) sedang 'warm-up'..
semangat syeikhhh!!!










Ketua Pemuda Selayang sedang memberikan kata-kata semangat sebelum membelasah kami!


















Ketua Pemuda Hulu Selangor pula memberikan sedikit ucapan..
"jangan score banyak2.. dapat sebijik-dua pun ok dahhh!!" kata beliau sebelum
di'titik' oleh pihak lawan!









Sesi Taa'ruf sebelum bersalam-salaman..
Maklumlah, ntah-ntah ter'tackle' ke.. ape kee..



















Antara barisan pemain simpanan yang sedang memikirkan strategi sebelum dimasukkan menggantikan player-player yang 'pancit'!!!


















Teman sedang beraksi! Terpaksa menyedut oksigen sebanyak mungkin bagi menampung udara yang 'pancit' di perut!



























Kelihatan beberapa pemain yang 'pancit'..
ini bukan 'pancit' lagi syeikh! Tukar tiub terus!!


No comments:

Related Posts with Thumbnails