Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    3 years ago

Tuesday, August 18, 2009

Semoga Cepat Sembuh YB!

Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali telah selamat menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) dan kini dalam peringkat pemulihan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan keluarganya hari ini, ahli jawatankuasa PAS pusat itu menjalani rawatan secara allopathy, alternatif dan ruqyah.

Malaysiakini menerima kenyataan itu melalui kiriman SMS yang menggunakan nombor bimbit Dr Lo' Lo'.

"Sehubungan itu kami sekeluarga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan beliau dan kami masih mengharapkan doa yang berterusan dari semua," kata kenyataan itu lagi.


sunsnake

Teringat sewaktu pulang dari hari pengundian PRK Bukit Gantang, bertemu YB di hentian rehat PLUS Behrang.. jelas kepenatan di wajahnya namun sempat menegur sapa teman yang dok 'mamai' kat kerusi tepi lorong ke tandas awam di situ.. semoga cepat sembuh dan meneruskan khidmat kepada parti dan masyarakat!

No comments:

Related Posts with Thumbnails