Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    11 years ago

Wednesday, August 5, 2009

Lagi Bukti Betapa Munafiknya mereka...

Kalau kita gelar UMNO ni munafik! depa marah!
tapi hakikatnya itulah yang berlaku!
bukan main sokong AUKU yang menghalang mahasiswa berpolitik,
"mahasiswa akan lemah" la..
"pelajar akan abaikan pelajaran" laa..
Ini statement bodoh kat bawah ni apa cite?
Teman paparkan Akta Bangang AUKU di hujungnye...
Bila kita bangkang akta bodoh ni UMNO melenting!
Tapi dia pulak jelas-jelas nak tarik pelajar IPT joint UMNO!
Bodoh piang betul!!!!
sunsnake

KELAB WARISAN PEMUDA TERRAU DITUBUH LAHIRKAN PEMIMPIN PELAPIS - melayau

JOHOR BAHRU 3 Ogos - Bagi melahirkan pelapis pemimpin negara pada masa depan, Pergerakan Pemuda UMNO Tebrau mengorak langkah dengan menubuhkan Kelab Warisan Pemuda Tebrau semalam.

Ketua pergerakannya, Syahrin Md. Jamaludin berkata, penubuhan kelab tersebut bertujuan mencari golongan remaja dan belia yang boleh menjadi pemimpin pelapis bagi menyambung perjuangan Pemuda UMNO yang terdahulu.

Menurutnya, golongan sasaran bagi kelab tersebut ialah remaja yang berusia antara 18 hingga 21 tahun.

"Kita akan mendekati golongan pelajar dan pemimpin pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk diserap menjadi ahli kelab ini.

Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU
Bahagian III Perkara 15 (1)
"Tiada sesiapa jua, semasa menjadi seorang pelajar Universiti, boleh menjadi seorang ahli, atau boleh dengan apa-apa cara bersekutu dengan, mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan sekerja atau apa-apa jua pertubuhan, badan atau kumpulan orang lain, sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang, sama ada ia di dalam Universiti atau di luar Universiti, dan sama ada ia di dalam Malaysia atau di luar Malaysia, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh atau di bawah Perlembagaan, atau kecuali sebagaimana yang diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor."

No comments:

Related Posts with Thumbnails