PULAU PINANG, 2 Julai (Hrkh) - Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Yusni Mat Piah merayu orang ramai yang bersimpati dengan dua orang anggota Unit Amal Negeri Pulau Pinang yang terlantar di Hospital Sungai Buloh akibat bas ekspres terbalik di Bukit Berutung ketika perjalanan menghadiri perarakan Mansuhkan Akta Keselamatan Dalan Negeri (ISA) pagi semalam menyumbangkan sedikit derma untuk pembedahan menghindarkan lumpuh separuh tubuh.
Kemalangan tersebut menyebabkan dua daripada dua puluh anggota Unit Amal yang menaiki bas ekspres Konsortium bertolak dari Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam jam 1 tengah malam terbabas dan seterusnya berbalik bila melanggar penghadang jalan.
"Dewan Pemuda PAS Negeri merayu orang ramai untuk membantu dua orang anggota Unit Amal yang parah sehingga menyebabkan kemungkinan lumpuh separuh badan. Kos rawatan mereka berdua ialah RM10 ribu," jelasnya.
Menurut Ustaz Yusni lagi, hari ini doktor terpaksa menjalani pembedahan tulang belakang Abdul Razak bagi mengantikan beberapa elemen saraf yang rosak..
Kepada sesiapa yang ingin memberikan sumbangan boleh terus kepada akaun
Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang,
BANK ISLAM No. 07016010059732
untuk keterangan lanjut sila hubungi
Ustaz Yani 019-4500660
Selepas menyertai Himpunan Mansuh ISA, Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasarudin Tantawi telah bergegas ke Hospital Sg. Buloh untuk menziarah 2 orang anggota Unit Amal Pulau Pinang yang dikatakan kritikal kerana terlibat dalam kemalangan di Bukit Beruntung kira-kira pukul 4.00 pagi tadi.
Ustaz Nasarudin yang diiringi Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Kamaruzzaman Mohamad dan Ketua Jabatan Amal Malaysia, Juhari Osman berasa terharu melihat keadaan kedua-dua anggota Unit Amal tersebut. 2 orang anggota Unit Amal tersebut, Abdul Wahab dan Abdul Razak adalah mangsa kemalangan yang didapati parah dalam kemalangan tersebut.
Menurut doktor, mereka berdua akan menjalani pembedahan bagi menghindarkan lumpuh separuh tubuh. Dalam pada itu, Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia, Juhari Osman berasa kesal terhadap pemandu bas ekspres terbabit kerana melarikan diri setelah mendapati bas yang dipandunya terbalik.sunsnake
Inilah dia sahabat yang ana ceritakan hari tu.. (Rakaman Peristiwa)
kepada yang berkemampuan baik dari segi kewangan atau mampu mengerakkan apa-apa aktiviti untuk sumbangan, tolonglah lakukannya.. dan sampaikan kepada pihak diatas..
Tidak cukup hanya menjerit dan bertakbir namun tidak terasa hati untuk membantu sesama pejuang.. apatah lagi sesama Islam..sesama manusia!!
No comments:
Post a Comment