Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Sunday, August 16, 2009

Ustaz Badrul Amin & Ustaz Azman Shapawi di Bukit Beruntung!

Assalammualaikum,

"Mari bersama Pakatan Rakyat, kita jatuhkan pemerintahan zalim dan rasuah UMNO-Barisan Nasional" itulah barangkali kesimpulan yang dapat dibuat daripada kedua-dua penceramah malam tadi. Pusat Khidmat Masyarakat Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung dengan kerjasama PAS Zon Bukit Beruntung(PASZBB) telah menganjurkan sesi ceramah umum yang bertempat di perkarangan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat, Taman Bunga Raya.Majlis yang dibuka dengan bacaan Surah Al-Fatihah ini dimulakan dengan ucapan-alu-aluan oleh pengerusi majlis dan dimulai oleh ucapan Pengarah PAS Zon Bukit Beruntung.

Ustaz Dr. Badrul Amin didalam ceramahnya yang penuh semangat memohon agar semua rakyat di Bukit Beruntung ini agar menerima maklumat yang sahih dan benar dengan menolak pembohongan dan pengolahan fakta didalam media UMNO-Barisan Nasional. Beliau juga meminta semua yang hadir agar menyampaikan segala pengetahuan dan perkhabaran ini kepada semua lapisan masyarakat terutama kepada ahli-ahli UMNO yang terbawah yang tidak menerima maklumat dan hanya bersandarkan kepada media-media utama yang sesat lagi menyesatkan.

Ustaz Azman Shapawi pula memperingatkan kepada semua bahawa kezaliman pasti akan musnah. PAS selaku parti yang memperjuangkan Islam adalah sangat-sangat konsisten dalam menentang kezaliman dan jenayah rasuah yang semakin hebat dan kronik didalam UMNO-Barisan Nasional. "Pergolakan UMNO diantara dua pihak dalaman di Terengganu begitu hebat hinggakan stadium pun runtuh!" antara kenyataan sinis beliau yang disambut dengan ketawa oleh hadirin.

Alhamdulillah, walaupun dengan kehadiran beberapa orang pegawai Polis yang berpakaian 'preman', majlis berlangsung seperti biasa dengan penuh aman damai dan semangat muhibbah dengan kehadiran beberapa orang daripada kaum India. Inilah sebenarnya suasana didalam setiap aktiviti Pakatan Rakyat. Semoga pihak Polis akan lebih bertoleransi seperti ini dalam meluluskan permit untuk aktiviti rakyat.

Mewakili pihak PAS Zon Bukit Beruntung, Jutaan Terima Kasih diucapkan buat sekalian yang hadir, Pihak Polis yang mengurniakan permit, kedua-dua penceramah yang sudi melapangkan masa untuk semua dan pastinya buat petugas-petugas PASZBB yang bertungkus-lumus membuat persiapan untuk aktiviti ini. Kepada Allah SWT kita kembalikan segala-galanya. Takbir! Allahuakbar!

PAS Zon Bukit Beruntung

p/s: Sedikit rakaman peristiwa..

Unit Amal Hulu Selangor, Setia dan Ikhlas berkhidmat dimana jua!
"Amal kerana Allah"!!!














Dr. Badrol Amin memulakan ucapan...



















Antara rakyat kaum India yang hadir..















Ustaz Azman, dari jauh drive semata-mata untuk bersama rakyat Bukit Beruntung!
dari Terengganu tu syeikh!! Syukran Jazilan ya Ustaz!



















Banner 'instant' dari kami...















Petugas sedang mengira kutipan 'Derma Jihad'..
Alhamdulillah... bagi menampung kos aktiviti..
maklumlah.. kami bukan ada kontrak buat Stadium!














Sound System kami.. Canggih ke? hehehe..
Syukur...














Antara yang hadir....















Aktiviti selepas ceramah, angkat kerusi!














Bukak khemah! Terima Kasih buat pemilik khemah yang memberikan kebenaran meminjam khemahnya dengan '0' bayaran! Allahuakbar!

No comments:

Related Posts with Thumbnails