Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Wednesday, August 12, 2009

Ahli keluarga Menteri ni belum kena lagi!!

Belum tahap 'darurat kesihatan'

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, buat masa ini kerajaan mengamalkan langkah 'pengelakan sosial' iaitu orang ramai tidak perlu hadir ke majlis-majlis umum termasuk yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.

''Tidak payah anjurkan program besar-besaran dan mereka yang mengalami demam, batuk dan selesema tolong jangan hadir ke majlis-majlis umum termasuk kenduri kahwin dan majlis-majlis kerajaan. Ini penting bagi mengelakkan penularan virus H1N1,'' tegasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan mengejut dan meninjau proses pemeriksaan ke atas pesakit luar dan wad Unit Rawatan Rapi (ICU) membabitkan kes H1N1 di Hospital Serdang di sini hari ini.

Hadir sama ialah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Ismail Merican.

sunsnake

teman yakin sangat kalau malam ni ada ahli keluarga menteri ni +ve H1N1 confirmed!!

Start esok diisytiharkan "Darurat Kesihatan" bermula di Malaysia!!!

Hampir-hampir teman nak berdoa agar ada ahli keluarga menteri ini atau dia sendiri +ve H1N1 ni!!!

Setelah berpuluh-puluh rakyat mati disebabkan H1N1 ni, diulangi rakyat Malaysia bukan Rakyat Uganda! menteri ni masih 'Rakyat Dilastkan' dalam isu H1N1 ini.

Dalam masa yang sama Pemuda UMNO pulak tak puas hati apabila ada pihak yang menyalahkan Kerajaan Pusat dalam kelemahan melaksanakan langkah-langkah membendung wabak ini.

Entahlah.. teman pun tak tau nak kata apa lagi.. Keselamatan dan nyawa rakyat mereka pertaruhkan demi survival politik dan 'kewangan' mereka... Sepatutnya para Doktor dan Saintis Pakar akan memberikan nasihat kepada Menteri dan Menteri kena la dengar nasihat dari pakar-pakar perubatan berkenaan bukan dengan pakar politik!

No comments:

Related Posts with Thumbnails