Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Wednesday, August 19, 2009

Awas bloggers!!! Tsunami melanda Tanah Melayu!!

Buat teman-teman bloggers.. siap sedialah semua.. Malaysia akan memasuki alam seterusnya..
alam ala-ala komunis!! Berhimpun tak boleh.. bersuara tak boleh!! Nak ceramah kena ada permit! nak permit kena janji takde ceramah politik!

Akhirnya Media rakyat yang ada dan update iaitu website dan blog bakal menjadi mangsa niat 'mulia' Kerajaan yang serba lengkap dan syumul iaitu Kerajaan Malaysia!! Yang paling kelakar alasan Mat Anchor adalah untuk keselamatan rakyat Malaysia!!! kah!Kah!Kah! ini alasan yang berniat membodohkan dan membahayakan keselamatan 'IQ' rakyat Malaysia!!!

Hmmm.. betullah kata orang, beginilah rupanya tanda-tanda sesebuah kerajaan zalim akan tumbang.. antaranya semakin banyak perkara merapu yang muncul daripada mulut-mulut pemimpin kerajaan tersebut!

Wallahua'lam..
sunsnake

Blog hasutan, senda agama akan disekat - Malaysiakini
Ogos 19, 09 7:23pm

Kerajaan bercadang mengambil tindakan lebih tegas dengan "menyekat capaian kepada blog dan laman web" yang didakwa menerbitkan kenyataan palsu, berbau hasutan dan mempersendakan agama, kata menteri dalam negeri.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kerajaan akan memantau secara serius penerbitan di Internet termasuk mengambil tindakan melalui undang-undang sedia ada.

"Usaha ini termasuk mendakwa penulis laman web dan blog yang melakukan kesalahan mengeluarkan kenyataan palsu, lucah atau hasutan yang menimbulkan syak wasangka dan perpecahan kaum serta kenyataan yang mempersendakan agama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Dalam soal ini, saya ingin menegaskan bahawa setiap pihak atau individu tidak harus menggunakan alasan kebebasan bersuara dalam konteks demokrasi ketika mengemukakan apa-apa pandangan serta pendapat, tanpa langsung memikirkan kepentingan orang lain khususnya masyarakat berbilang kaum di negara ini."

Tegasnya, demokrasi harus turut mempunyai batasan yang perlu dipatuhi.

"Jika mereka melangkaui had dan batas ini, maka undang-undang akan mengambil tempat bagi melindungi rakyat dan negara," kata Hishammuddin lagi.

No comments:

Related Posts with Thumbnails