Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    11 years ago

Monday, August 17, 2009

'Pawang' hantu terkejut!!!

Selalunya Pawang/bomoh hantu ni memang biasa sangat-sangat dengan hantu.. kalau kita tengok cerita-cerita seram pun, memang hantu tak mampu nak takutkan pawang/bomoh hantu nih!
Tapi yang ni lain sikit, pawang/bomoh hantu terkejut apabila tengok hantu! Kalau hantu betul takpe ini hantu bayangan dia sahaja! kesian.. di penghujung hayat ni makin macam-macam tindakan dan usaha pelik puak-puak 'terdesak' nih!
sunsnake

Pemuda Umno dakwa ada pengundi hantu di P Pasir
Ogos 17, 09 7:08am


Pergerakan Pemuda Umno mendakwa terdapat pengundi hantu bagi pilihan raya DUN Permatang Pasir pada 25 Ogos ini.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata ini berdasarkan laporan terdapat pengundi luar yang didaftarkan sebagai pemilih di kawasan itu.

"Kita dapati beberapa orang Melayu didaftarkan di rumah yang dihuni oleh orang Cina dan ada juga pengundi Cina didaftarkan alamatnya di rumah orang Melayu," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda Umno di Butterworth semalam, lapor Bernama.

Khairy berkata sejak pilihan raya umum lepas terdapat kira-kira 1,000
pengundi didaftarkan di Permatang Pasir dan trend itu adalah tidak normal kerana jumlahnya terlalu besar.

Beliau berkata perkara itu akan dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil bagi menangani isu itu.

"Kita akan kumpulkan bukti secukupnya dan kemukakan kepada SPR," katanya.

sumber - malaysiakini

No comments:

Related Posts with Thumbnails