Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    11 years ago

Tuesday, August 11, 2009

Ngerinya jadi saksi SPRM!!!

Subhanallah!! kalau benarlah dakwaan Hamba Allah nie.. memang ngeri la jadi saksi SPRM..
itu jadi saksi tu bukan tertuduh!!
Kepada Allah kita kembalikan kezaliman melayu-melayu SPRM nie..
memalukan Islam..

sunsnake

"SAYA terpaksa berdiri empat jam ketika disoal siasat Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," inilah luahan Ahli Majlis Perbandaraan Kajang, TAN BOON HWA ketika ditemui wartawan SAIDAH HAIRAN di Tingkat 7, Majlis Perbandaran Kajang, Selasa, 21 Julai lalu. Peliknya beliau disiasat hanya kerana membeli 1,500 bendera Malaysia sempena Hari Kemerdekaan ke-51.

HARAKAH: Saudara telah disiasat oleh pihak SPRM. Boleh saudara ceritakan apa yang SPRM siasat?

TAN: SPRM minta invois membeli bendera Malaysia (bersaiz kecil) untuk dikibarkan dalam program Mesra Rakyat tahun 2008. Program ini sempena hari Kemerdekaan Malaysia ke-51. Bendera ini untuk Dun Seri Kembangan iaitu kawasan YB Ean Yong Hian Wah.

Bendera sebanyak 1,500 telah diedarkan pada 29 Ogos 2008 di pasar pagi Seri Kembangan. Jadi pegawai SPRM hendak bukti saya beli daripada mana. Betul ke bendera itu sampai ke tangan YB Ean Yong dan dibahagikan kepada semua penduduk. Harga semua bendera itu RM2,400.

Apa yang berlaku semasa dalam siasatan?

Mula-mula pegawai SPRM menggunakan cara lembut bertanya kepada saya. Tanya hal keluarga, saya belajar setakat mana, lepas itu tanya daripada mana beli bendera dan syarikat apa.

Saya jawab saya lupa. Pegawai itu kata, apa ini... yang semua itu (you) ingat, kenapa hendak tipu cakap secara jujur saja, (you) tidak beli, (you) tidak bekalkan bendera, (you) hanya mengaku saja dan jangan bohong.

Tapi saya cakap dengan mereka memang saya ada beli. SPRM tanya beli daripada mana. Saya jawab dari Johor. Saya kata, saya hanya ingat Johor nama syarikat dan nombor telefon saya lupa.

Pegawai SPRM tanya kenapa boleh lupa. Sepuluh tahun punya hal (you) boleh ingat, yang ini (you) tak boleh ingat. Kami sudah tahu memang (you) tak bekalkan bendera.

Saya jawab memang saya ada bekalkan bendera. Dia jawab ok, syarikat mana. Saya jawab tidak ingat. Dia kata saya tipu.

Apabila tanya soalan dia panggil saya duduk dalam satu bilik tanpa dibuka lampu. Dua pegawai SPRM masuk dan baru buka lampu. Mereka panggil saya dan suruh berdiri tegak (macam berkawat). Mula-mula saya berdiri kaki tak rapat dan tangan saya kedepan.

Pegawai SPRM suruh saya berdiri kaki rapat dan tangan ke tepi. Mata pandang dengan jarak 200 meter. Dengan suara menjerit pegawai SPRM tanya tentang pembekalan bendera.

"You datang dari China tak tahu cakap bahasa Melayu. Apa you cakap saya tak faham," dua orang pegawai itu kata kepada saya. Mereka keluar dan pandang saya dari luar.

Pegawai yang di luar main ping pong. Saya pandang mereka main ping pong dan mereka menjerit apa tengok, tuan saya tak suka dia tengok kita.

Dua pegawai SPRM masuk ke dalam bilik saya. Seorang pegawai menunjukkan telunjuk jari ke dahi saya dan marah dengan mengatakan saya, bodoh... bodoh... bodoh, sebanyak tiga kali. Dia buat acahan hendak pukul saya.

Mereka bergilir masuk dalam bilik saya. Satu orang duduk, yang lain masuk. Seorang pegawai bercakap kepada saya, tengok cara 'bos' saya duduk memang tidak gembira.

Selepas pukul 2 pagi pegawai SPRM baru cakap dengan saya, kesian dengan (you) duduk la. Dia cakap, tak apalah (you) boleh tidur.

Berapa jam saudara disoal siasat?

Saya disoal siasat bermula 15 Julai jam 10 malam hingga 2 pagi 16 Julai. Dia tanya saya tentang bendera hari kemerdekaan saja. Saya jawab, saya boleh buktikan beli bendera tapi bagi saya masa, saya balik cari invois.

Dia kata kepada saya, (you) ahli Majlis, (you) mesti jujur tapi saya dapati (you) tak jujur. Apa yang (you) buat bukan untuk tolong rakyat. Dia tanya saya, (you) sayang isteri... Saya jawab, sayang. Pegawai itu tanya saya lagi, sayang anak tak dan berapa banyak (you) sayang anak.

Pegawai SPRM tanya lagi tentang invois, saya jawab tidak ingat. Dia tanya, (you) tak sayang anak dan isteri. Besok saya bawa isteri dan anak (you) ke sini. Bagi (you) menangis depan anak (you).

Bagaimana keadaan bilik tempat saudara disiasat?

Lampu kadang-kadang dibuka dan kadang-kadang ditutup. Keluasan bilik lebih kurang 10 kaki x 10 kaki. Pejabat SPRM banyak bilik. Saya tidak ambil peduli keadaan bilik dan cermin tingkap macam mana. Sebab saya tidak terfikir keadaan ini (kematian Teoh) akan berlaku. (Beliau mengeluh dan kelihatan matanya berair)

Adakah masa yang sama saudara tahu Teoh Beng Hock turut disoal siasat?

Masa itu saya tidak tahu Teoh ada di sana. Hanya jumpa Teoh pada Subuh 16 Julai (Khamis) bila saya pergi tandas. Saya nampak dia jalan di ruang makan pejabat SPRM. Saya tegur dalam bahasa Cina; (Teoh masih ada di sini). Saya ingat keluar tandas saya hendak jumpa dia tapi dia sudah tiada.

Maknanya, waktu Subuh saudara masih di pejabat SPRM?

Ya, Subuh dan saya dibenarkan balik ke rumah jam 1.35 tengah hari 16 Julai. Pagi itu saya nampak Teoh sihat, cuma nampak letih. Sebab tidur pun tidak boleh, banyak nyamuk. Saya tidur atas lantai beralaskan karpet.

Saudara balik ke rumah pukul 1.35 tengah hari, masa mayat Teoh ditemui?

Apa yang surat akhbar tulis, tapi saya langsung tidak tahu.

SPRM ada datang ke rumah saudara, apa yang mereka ambil dan adakah mereka menunjukkan waran untuk memeriksa rumah saudara?

Mereka memang tidak profesional, tidak ikut prosedur. Mereka masuk rumah saya tanpa waran. Mereka datang pada 15 Julai jam 4 petang. Tiga orang pegawai masuk rumah dan seorang tunggu dalam kereta. Mereka ambil lima pasport, satu cop syarikat dan dua buku bank.

Selepas itu mereka suruh saya pergi ke pejabat SPRM dan isteri saya perlu pergi sekali. Saya kata kalau isteri saya pergi siapa hendak jaga anak saya. Selepas itu dia tidak paksa isteri saya.

Adakah saudara setuju Suruhanjaya Diraja ditubuhkan?

Saya sangat setuju perlu tubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kes ini. Supaya kes ini disiasat secara adil untuk semua pihak. Ini kerana saya menjadi saksi tetapi saya disoal siasat macam saya 'suspek'. Saya disuruh berdiri.

Saudara rapat dengan Teoh?

Saya rapat. Dulu mendiang jadi wartawan. Saya kenal dia masa demonstrasi di Cheras. Tahun lepas dia jadi Setiausaha Exco. Saya sudah kenal dia selama tiga tahun. Dia orang yang baik, penyayang, sabar. Kami buat program Mesra Rakyat sama-sama. Dia baik hati, memang bagus, saya tidak pernah tengok dia marah.

Saya tengok dia boleh selesaikan banyak perkara. Masa program mesra usia emas dia jadi ketua bagi Dun Seri Kembangan. Memang bagus, memang sayang...(Tan tunduk, air mata berlinang...)

Saya ingat masa itu (tahun lepas) Teoh telefon saya tanya boleh tolong carikan bendera hendak guna hari Ahad. Pembekal bendera sudah habis stok. Saya cari di internet dan dapat di Muar, Johor. Saya bagi dia harga dan dia setuju, saya terus buat pesanan.

Masa itu saya tidak ambil berat tentang resit pembelian perlu disimpan. Tapi nasib baik resit itu ada kalau tidak lagi teruk.

Apakah saudara berasakan menjadi ahli PBT Pakatan Rakyat tidak bebas?

Betul, kita kena berhati-hati.

sumber - Harakahdaily

No comments:

Related Posts with Thumbnails