Persediaan untuk aktiviti awal pagi 23.8.09 -
ziarah dan bantuan barang dapur kepada penduduk yang berhak.




Teman kagum betul dengan daya tahan Muslimat PAS nie..
rilek je berjalan kaki keliling kampung!


2 orang kuat PASZBB sedang beraksi! Allahuakbar!

Wakil unit IT PAS untuk menyemak daftar pemilih secara 'direct'

Seorang penduduk sedang di'interview' oleh Ketua muslimat dalam kumpulan kami..

Rumah yang dipercayai 'umno piaw!!" pun kami redah!
merekalah sebenarnya sasaran kami...


Boleh tahan gak beratnya bag nie.. Jihad syeikh!!
Kita takde ambulance askar nak minta tolong bawak!!!

Sempat lagi Naqib PASZBB berehat sebentar di bawah rumah..





Mengikut kata penduduk disini, batu-batu di bawah baru sahaja tiba,
hadiah oleh BN

Inilah jalan yang perlu direpair.. Terima Kasih BN!
macam mana PR Penang leh terlepas pandang nih????

Dalam masa yang sama geng-geng Wanita UMNO pun bergerak juga..
berkonsepkan warna ungu tuh!

Sambil menunggu hujan reda, teman membantu menyelitkan fikrah Harakah..
untuk diedarkan secara percuma..

Ketua Unit Amal Hulu Selangor, menunjukkan bukti wang palsu dan nota rayuan mengundi calon BN yang diterima oleh beberapa orang penduduk disini..


Lihat no siri wang yang sama.. tak dapat teman bayangkan kalau ada yang dah cuba terguna wang-wang ini! mau ke lokap!

Bergambar kenangan sebelum meninggalkan Yayasan Aman, Penanti.

Kumpulan Pemuda PAS Selangor menuju ke Markaz Kaki Bukit untuk
aktiviti ziarah dan agihan bubur lambuk anjuran Pemuda PAS Pusat.

Walaupun hujan kami tetap teruskan langkahan!
Dalam masa yang sama di Bilik Jentera BN bersebelahan,
mereka leka bermain dart dan carrom!

Taklimat mengenai aktiviti oleh pimpinan pemuda

Teman menyangka Hamba Allah ini SB, rupanya beliau pegawai 'khas' PAS !!
Allahuakbar!! maafkan ana syeikh!


Bubur lambuk untuk di agihkan..

Ambik 3 pastikan sampai ke pengundi.. jangan 'hilang' ditengah jalan lak! hehehe

Ketibaan calon menambah semangat kami!

Gabungan Pemuda Hulu Selangor dan Selayang!! Allahuakbar!

Hj Salleh melawat salah seorang warga emas yang mengalami masalah sakit jantung.

Ahli Parlimen PAS-Padang Terap, Ustaz Nasir sedang menyampaikan sumbangan bubur lambuk di tengah hujan!

YB kita sempat ditemubual oleh beberapa pelajar Universiti Malaya yang sedang membuat kajian.


Ntah cemane tetiba Menteri ISA ini muncul!! adishh!!

Menyampah pun sempat gak bergambor syeikh!!
Persaudaraan sesama Islam..


Terserempak dengan Sabri Chik pulak! bila nak letak jawatan YB???

Dah ada menteri-menteri baru la puak2 ni buat sibuk! tadi dok rilek je main dart dan carrom!

52 tahun memerintah Penang, la ni nak suruh rakyat Penang berubah?
piiiraa!!! patutnya slogan ni PR yang pakai... baru tak sampai 2 tahun memerintah BN dah kalut!

Bubur lambuk percuma di Hentian RR Sg Perak, sebelah Selatan!
Hanya menjelang Maghrib!

Bersama juadah yang sempat dibeli di Pasar Ramadhan Kubang Semang tadi,
air bandung,murtabak daging,Nasi Beriani Ayam dan buah-buahan yang dibeli di RR ini..
Siap abang jual buah tu bagi free sebungkus buah mangga potong apabila ternampak
'cap' PAS FOR ALL yang teman pakai...!

Dan azan pun bergema.. Masuk lah waktu berbuka posa..

Time ni satu RR senyap! hehehe mulut penuh syeikh!!


Sebelum bertolak balik.. Solat Qasar.. Maghrib dan Isya'..
Betapa nikmatnya Islam.. mudah dan penuh kemudahan!
cuma jangan sekali-kali kita permudah-mudahkan!!!

InsyaAllah, dengan ikrar akan kembali ke medan juang dimana-mana pun Pilihanraya dan medan jihad! Segala-galanya kita serahkan kepada Allah SWT!
-sunsnake

No comments:
Post a Comment