Fong: Timbang semula pemecatan Chua
Ogos 27, 09 12:48pm
Bekas Naib Presiden MCA, Datuk Fong Chan Onn hari ini menggesa pucuk pimpinan parti itu supaya menimbang semula keputusan memecat Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dari parti itu berhubung skandal seks.
"Beliau telah memohon maaf ekoran skandal tersebut dan meletak jawatan menteri dan ahli parlimen bagi memikul tanggungjawab moralnya," kata Fong dalam satu akhbar hari ini.
Pemimpin veteran MCA itu berkata, parti harus menghormati keputusan perwakilan yang memilih Chua sebagai timbalan presiden parti dalam pemilihan Oktober lalu.
"Saya rasa kita harus memberi peluang kepada Chua dan Presiden Datuk Seri Ong (Tee Keat) untuk bekerjasama ke arah memperkuat parti pada masa depan.
"Kita tidak mampu untuk berpecah pada masa ini," katanya sambil menambah, parti itu sedang berusaha untuk memulihkan sokongan rakyat selepas kekalahan teruk dalam pilihanraya umum 2008.
Fong juga berkata beliau tidak menyokong mana-mana puak yang bertelagah dan enggan menjawab soalan sama ada beliau menyokong usaha memanggil mesyuarat agung luar biasa untuk mengambil tindakan terhadap Ong.
Mesyuarat Majlis Presiden MCA malam tadi mengesahkan keputusan jawatankuasa disiplin parti itu untuk memecat Chua berhubung skandal seks terhadapnya.
Ekoran itu, Chua meletakkan jawatan sebagai menteri kesihatan, ahli parlimen Labis serta melepaskan jawatan naib presiden.
Bagaimanapun, beliau dipilih oleh para perwakilan untuk memegang jawatan timbalan presiden 10 bulan yang lalu.
Dan sudah menjadi rahsia umum bahawa wujud ketegangan dalam hubungan antara Ong dan Chua.
sumber -malaysiakini
Info Solat
-
Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh
itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam
keadaan b...
11 years ago
No comments:
Post a Comment