Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Tuesday, August 25, 2009

Samseng BN kembali mengganas!

Teman ingat lagi geng2 Ayahanda Lajin Pekida buat kacau di Bukit Gantang terutama di Peti Undi SK Johan Setia, Trong Barat.. ni ada geng baju kuning plak di Permatang Pasir... tak sudah-sudah merosakkan budak-budak puak ni... Wallahua'lam..

sunsnake

Geng Baju Kuning buat provokasi

Bukit Indera Muda, 25 Ogos
- Tindakan Pemuda Kepala Batas yang melakukan provokasi di UPU Kubang Semang dan Bukit Indera Muda mencetuskan suasana tegang di kedua-dua kawasan tersebut. Pasukan keselamatan Polis dan FRU semakin ramai di kawasan pusat mengundi SK Bukit Indera Muda.

Mahfuz yang berada ditempat kejadian sangat sedih dengan kejadian tersebut yang tidak sepatutnya berlaku. Beliau berkata "UMNO telah membudayakan politik ganas dan liar dalam pilihan raya kali ini". Beliau difahamkan mereka yang memakai baju kuning bertulis Pemuda Kepala Batas itu, adalah budak-budak yang dibayar dan bersekolah di kawasan Kepala Batas.

Menurut salah seorang yang berada disitu, beliau mengenali salah seorang orang budak yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Paya Keladi, Kepala Batas. Seorang budak bermotor tersebut telah cedera kerana berlaku kejadian baling membaling diantara kumpulan tersebut dengan orang ramai disitu. Kumpulan tersebut dikatakan memulakan perbuatan membaling batu ke arah petugas pilihan raya dan polis di situ, menyebabkan para petugas PAS dan UMNO membalas balingan tersebut.

Kumpulan itu berbuat demikian selepas petugas PAS dan polis menghalang mereka dari memasuki kawasan pusat pengundian di SK Bukit Indera Muda.

Walaubagaimanapun kumpulan berbaju kuning itu mula beredar dari kawasan SK Bukit Indera MUda apabila polis mula ramai mengawal keadaan di situ.

Mahfuz berkata tindakan anak-anak muda tersebut sungguh tidak beradab dan secara sinikal beliau berkata, "mungkin ini modul baru yang diperkenalkan Rakan Muda".

Beratus pemuda UMNO Kepala Batas yang berbaju kuning kemudian berkonvoi menuju ke arah bukit Indera Mahkota selepas tidak dibenarkan memasuki kawasan 50 meter daripada pusat pengundian di Kubang Semang oleh pihak polis.

Tindakan polis dikatakan menyebabkan pemuda UMNO berang dan berkonvoi sebagai tanda bantahan mereka kepada keputusan pihak polis.

sumber - Cenangau

2 comments:

Anonymous said...

pasukan mungkar nangkir..dapi pemuda umno

Parti Islam SeMalaysia Zon Bukit Beruntung said...

hehehe.. bak kata Ibrahim Ali Al-kataki..
"amal makruf munkar nakir!"

Related Posts with Thumbnails