Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    3 years ago

Thursday, August 20, 2009

UMNO Kelantan dah lama pecah dan musnah!

PKR diambang perpecahan - Sinar Harian

SHAH ALAM – Isu tidak puas hati terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuktikan Pakatan Rakyat (PR) terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang berada di ambang perpecahan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Awang Adek Hussin berkata, krisis yang dialami oleh parti berkenaan semakin ketara dan sudah tidak dapat dibendung lagi.

“Jadi saya rasa perkara sebegini tidak begitu mengejutkan kami dalam UMNO dan Barisan Nasional memandangkan PR kini mula retak.

“Keadaan ini terjadi kemungkinan ahli dalam PR mempunyai falsafah berlainan dan berbeza sehingga menimbulkan banyak masalah yang berlaku,” katanya.

sunsnake
hehehe.. semakin jelas betapa butanya pemimpin UMNO sorang ni.. patut la Kelantan masih kekal dibawah Pemerintahan Islam PAS.. boleh mamat ni tak nampak masalah besar UMNO Kelantan tapi masih nak menyibuk dengan negeri lain.. hmmm.. biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya..

No comments:

Related Posts with Thumbnails