Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Wednesday, August 5, 2009

Isu Arak di Selangor - PAS aje? UMNO tengok saje ke?

Teman tabik spring kat PAS Selangor yang diketuai oleh Dr Hassan Ali, inilah sebenarnya fungsi Parti Islam apabila mendapat tempat dalam Kerajaan Negeri ini.
Sememangnya pada umumnya isu ini amat sensitif, sesensitif isu Babi yang Merajuk di Kedah baru-baru ini namun teman yakin ianya akan selesai dengan cara baik.

Yang jelas, ketegasan PAS dalam menangani masalah Hukum-hakam Islam. Biar terpaksa mengambil risiko dalam perhubungan sesama Pakatan Rakyat, namun yang Haram tetap Haram!
Bukan Islam terutama YB Ronnie Liew kena berfikir dan mengkaji balik segala tindakannya didalam isu ini. Takkanlah kerana arak yang berbotol-botol itu, habis punah segala janji kepada rakyat Selangor?

yang menghairankan, dimana UMNO Selangor dalam isu ini? Sedarkah mereka yang selama lebih 50 tahun menjadi tunjang Kerajaan Selangor, mereka langsung tak pernah sentuh pun isu arak ini?
Siapakah sebenar penghancur syiar Islam? Syariat Islam? Inikah yang sering dilaungkan oleh UMNO " Kerana Melayu untuk Islam"?? Chaiitt!!

Teman bagi amaran kepada UMNO, jangan menangguk di air yang keruh! Jangan ambil kesempatan untuk melaga-lagakan PAS dan DAP atas isu arak ini kerana kamu mengaku kamu beragama Islam. Isu ini adalah berkaitan hukum Haram bukan isu main-main!
Sepatutnya UMNO menyokong tindakan PAS dalam hal ini.
Sama-sama kita saksikan kesudahannya...
sunsnake

Isu Arak: PAS Selangor Akan Selesaikan

Tuesday, 04 August 2009 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM, 4 Ogos - PAS Selangor menegaskan, parti itu bertanggungjawab menyelesaikan isu arak di negeri ini sebagai melaksanakan amanat yang telah diberikan oleh rakyat, khususnya umat Islam pada pilihanraya umum lalu

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali berkata, PAS memandang serius perkara ini kerana pimpinan Umno gagal menyelesaikan masalah penjualan arak walaupun sudah mentadbir, lebih 50 tahun.

Justeru katanya, PAS mendesak kerajaan negeri agar menyegerakan garis panduan yang seragam, bersesuaian dengan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 untuk digunapakai di negeri ini.

“PAS Selangor turut menggesa agar pemegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dikaji semula berikutan dengan rentetan beberapa peristiwa sebelum ini.

“PAS Selangor mengeluarkan arahan kepada seluruh kekuatan parti di negeri ini untuk mengambil langkah-langkah yang wajar dan bersesuaian dengan kedudukan dan jawatan masing-masing,” katanya.

Menurut Dr Hassan, ia bagi memastikan usaha membebaskan umat Islam daripada arak, dilakukan secara serius dan berterusan, menurut adab, peraturan dan undang-undang sedia ada, demi keselamatan dan kesejahteraan seluruh masyarakat.

Beliau berkata demikian dalam sidang media berhubung kontroversi isu arak negeri Selangor, di pejabatnya pagi tadi.

Dr Hassan yang juga Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Kemudahan Awam dan Infrastruktur berkata, pihaknya menyokong usaha yang dilakukan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam dalam mengawal penjualan arak di kawasan majoriti penduduk Islam.

“Oleh itu, PAS Selangor kesal apabila inisiatif dari tindakan untuk mengawal pengurusan penjualan dan peminuman arak ini di kalangan masyarakat Islam telah dicampuri oleh pihak-pihak yang tertentu. Campur tangan membabitkan insiden di Shah Alam pada 30 Julai lalu dengan mempertikaikan keputusan pihak PBT dan para pengawai MBSA yang melaksanakan tugas, ternyata telah mengingkari saluran-saluran pentadbiran yang sepatutnya,” katanya.

Dr Hassan bagaimanapun berkata, usaha yang dilakukan ini sama sekali tidak membabitkan hak masyarakat bukan Islam dan PAS tidak pernah menuntut agar arak diharamkan dijual atau diminum oleh masyarakat bukan Islam.

sumber - Selangorkini

No comments:

Related Posts with Thumbnails