
Islam melarang umatnya menghina agama lain dan memegang teguh konsep 'Tiada Paksaan Memeluk Islam". Segala tindakan ini adalah amat-amat dipercayai bermotifkan politik.

“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah,karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.”
(QS. Al-An’am: 108)
Dalam pada itu, pihak kami dengan amat berbesar hati sekiranya ada keinginan daripada pihak penganut agama Hindu di sekitar kawasan kita ini untuk diadakan sebarang dialog perpaduan dan persefahaman yang boleh membawa kepada kefahaman. Inilah sebenarnya yang baik dilakukan didalam sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia ini.
Dialog antara agama dapat memberi kefahaman yang lebih antara agama masing-masing disamping memberi permuafakatan yang jitu kerana Islam itu sendiri adalah agama yang bersifat As-Salam yang bermaksud Penuh dengan Kesejahteraan.
Sekian Terima Kasih.
"PAS For ALL"
PAS Zon Bukit Beruntung
1 comment:
Isu kepala lembu semakin digembar gemburkan, sedangkan isu kuil terpinggir.... memang nampak motif kepolitikan itu.
Itulah langkah terbaik untuk menyelamatkan keadaan yang tidak stabil skarang ini. setuju sangat kalau sesi dialong diadakan, semuga segala permasalahan dapat diselesaikan dengan cara yang baik, dan terbaik...
sekadar komen dari insan yang lemah,
Allah hu Rabbi,
wallahualam
wasalam
Post a Comment