Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Thursday, August 20, 2009

Lagi parti komponen BN mungkir janji!

SPRM mungkir janji

SHAH ALAM- Setiausaha DAP Selangor mengatakan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melanggar hak asasi manusia semasa menyiasat pembantu khas Ahli Exco Kerajaan Negeri, Wong Chuan How.

Lau Weng San berkata, DAP tidak pernah mengganggu penyiasatan SPRM, walau bagaimanapun SPRM perlu telus, adil, profesional dan bebas apabila menjalankan siasatannya terhadap pemimpin DAP dan Pakatan Rakyat (PR) yang lain.

“SPRM telah melanggari hak asasi manusia semasa menyiasat kes Chuan How dengan menggunakan peruntukan yang salah. Mereka harus menggunakan Seksyen 49 Akta SPRM 2009 bagi menahan mana-mana individu, dan bukannya Seksyen 53 Akta berkenaan.

:“Seksyen 53 (Kebolehterimaan pernyataan orang tertuduh) yang terletak di bawah bahagian keenam akta ini hanya mengenai keterangan sahaja dan langsung tidak menyentuh mengenai penangkapan mana-mana individu,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Menurutnya, SPRM juga mungkir janji kerana sebelum datang ke pejabat Chuan How, SPRM telah berjanji melalui telefon bahawa mereka akan datang ke pejabat beliau untuk merekodkan keterangan.

Weng San berkata, tanpa disedari Chuan How, SPRM telah datang ke pejabatnya pada pagi 14 Ogos 2009 dan mengeluarkan notis di bawah Seksyen 53 Akta SPRM 2009, bahawa Chuan Wong telah ditahan dan beliau perlu datang ke Ibu Pejabat SPRM.

“Namun, SPRM tidak mengeluarkan dokumen pengenalan diri semasa menahan Chuan How. Pegawai tersebut tidak memakai tanda nama dan mereka juga enggan memperkenalkan diri semasa penangkapan dibuat.

“Apabila Chuan How membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Pelek, pegawai SPRM tersebut tidak memberi kerjasama apabila diminta untuk memberi nama mereka. Tindakan ini seakan-akan sama dengan Polis Rahsia Nazi Jerman, Gestapo semasa perang dunia kedua,” katanya.

Beliau berkata, SPRM juga harus memahami realiti bahawa mereka bukan dikecam dan dikritik oleh DAP, malahan oleh seluruh rakyat negara ini yang cintakan pentadbiran serta undang-undang.

“Penyelewengan yang dilakukan menyebabkan kreadibiliti SPRM terjejas, sekali gus mengakibatkan orang ramai mengecam SPRM,” katanya.

sumber - Sinar Harian

No comments:

Related Posts with Thumbnails