Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Monday, August 17, 2009

Sekitar Bowling Perpaduan anjuran Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) PAS Kawasan Hulu Selangor

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera,

Alhamdulillah, aktiviti yang telah dirancang sekian lama telah berlangsung dengan jayanya dengan keizinan Allah SWT. Kejohanan Bowling Perpaduan anjuran Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) PAS Kawasan Hulu Selangor telah disertai oleh 16 buah pasukan yang terdiri daripada pelbagai kaum yang tinggal di dalam kawasan Hulu Selangor dan sekitarnya.

Kejohanan yang bermula tepat jam 9.30 ini berlangsung dengan 8 pasukan dahulu sebelum disusuli oleh 8 pasukan lagi. Pelbagai aksi menarik yang dapat dilihat terutama apabila ada peserta yang pertama kali melakukan balingan bowling! Suasana dimeriahkan lagi dengan kehadiran penyokong dan kaum keluarga masing-masing.

Jelas kelihatan kemuafakatan dan muhibbah sesama peserta dan penganjur dimana inilah sebenarnya antara tunjang kekuatan rakyat Malaysia. Sewajibnya politik perkauman ditolak sama-sekali sepertimana kata-kata Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS " Melayu, Cina dan India adalah adik-beradik, mereka berasal dari ibu dan bapa yang sama"

InsyaAllah, program-program seperti ini akan terus dirancang dan dilaksanakan dalam memberi kefahaman dan keberanian buat kaum bukan melayu dalam menyokong dan memahami apakar sebenarnya politik Islam dan Agama Islam itu sendiri. Sesungguhnya sinar baru buat semua rakyat Malaysia telah semakin jelas kelihatan!

Mewakili seluruh AJK LPN kawasan Hulu Selangor, saya mengucapkan jutaan Terima Kasih buat semua peserta yang menyertai, mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dan juga pihak Bukit Beruntung Country & Golf Resort yang telah sama-sama memberikan kerjasama yang amat baik didalam pengurusan kejohanan kali ini.

Moga bertemu lagi ya?

Ikhlas,
Amri Abdullah Sani
Pengarah,
'Bowling Perpaduan 2009'

Seperti biasa, sesi makan-makan dulu!!










oppsss.. register dulu brother, baru gi makan..











Ucapan Pembukaan oleh 'MC' terjun!













Ucapan bersemangat daripada Ketua LPN Hulu Selangor!
Steady Syeikhh!!










Serius mendengar taklimat berkenaan kejohanan...












Pengarah Kejohanan memberikan info peraturan..
"Bekas juara bowling Bukit Sentosa? hahaha!"














Sesi bergambar sebelum 'membaling'!!!














Peserta mengambil tempat









Aksi pembukaan 'kick-off'!









Aksi 'serius' daripada mereka...fuh!












Macam ada yang tak kena je? ohh.. patutla.. tak sarapan lagi!!










Sedikit cenderamata sebagai kenangan.. ehh.. makanan...










"Tangan kena ini macam punya macha! baru leh strike!"
"Citt!! you pun sudah mau abis 2 frame, suma longkang juga masuk!!!"











"Adehhh.. awat Score Screen ni tinggi benor, terkehel tengkok nih!"





















'Tulang Belakang' LPN Hulu Selangor...
Ya Allah, kurniakanlah kekuatan kepada kami..








































"Balingan Terakhir' di Kejohanan ini...











Sdr. Mohd Izzan, AJK LPN HS menyampaikan cenderamata...












Sdr. Sazali, Ketua Unit Amal Hulu Selangor menyampaikan cenderamata..













Puan Jehan, Ketua LPN, Dewan Muslimat PAS Hulu Selangor tampil menyampaikan cenderamata..












Sdr. Mazalan, AJK LPN Hulu Selangor sudi menyampaikan hadiah tempat ke-3 yang dimenangi oleh pasukan One-Step Sungai Choh!











Tempat Kedua- pasukan Unit Amal











Pn. Che Oum, AJK Dewan Muslimat Negeri Selangor, AJK LPN, berkesudian menyampaikan hadiah buat Peserta terbaik kategori Wanita.










Sdr. Wan Ismail, Naib Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Hulu Selangor, AJK LPN menyampaikan pula hadiah buat Peserta Terbaik kategori Lelaki.











Juara adalah pasukan BSB dari Bukit Beruntung!!! Tahniah!














Sekali lagi bergambar kenangan sebelum pulang...

No comments:

Related Posts with Thumbnails