Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    11 years ago

Wednesday, August 19, 2009

Kisah anak Pak Muyidin kat kampung teman...


Teman dah tahu anak lelaki Pak Muyidin tu nakal.. pernah kena tangkap kerana menagih dadah.. dan teman ada anak lelaki yang sebaya dengannya iaitu 16 tahun! Macam mana agaknya teman nak bagitau anak teman agar jangan kawan dengan anak Pak Muyidin tu? adakah teman terpaksa membiarkan anak teman terus berkawan dengan anaknya yang rosak itu?

Atau perlukah teman bagitau kat anak teman tu yang jangan berkawan dengan anak Pak Muyidin tuh disebabkan kenakalannya? ehhh!! kalau ikut UMNO tu namanya 'Serang Peribadi' tuh!!

Sudah menjadi tanggungjawab teman untuk bagitau anak teman agar jangan berkawan sangat dengan anak Pak Muyidin tu... bukan tak boleh berkawan langsung, cuma jangan berkawan sangat!

Lagipun bukannya fitnah anak Pak Muyidin tu nakal, memang pernah Polis datang tangkap anak beliau dan bila dibicarakan di mahkamah terbukti bersalah kerana menghisap dadah! Jadi, ini bukan fitnah, ini betul-betul sejarah!

Takkan nak kena patuk ular dua kali di lubang yang sama?

Pak Muyidin pun tak boleh nak kata apa sebab memang terbukti bersalah. Apakah boleh Pak Muyidin kata anaknya Soleh dan baik sebab rajin basuh motor?

sunsnake
(kisah diatas adalah rekaan semata-mata, ntah la ada kena mengena ke idak dengan atara yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia, sama ada masih didalam gerombolan UMNO ataupun telah mendapat hidayah Allah SWT menyertai perjuangan Islam!)

Rohaizat tidak bersalah - Zahid

Rohaizat dipecat dari Majlis Peguam mengikut Seksyen 103D, Legal Profession Act 1976 yang melibatkan kesalahan yang dilakukan oleh peguam-peguam individu.

“Kesalahan itu melibatkan kesalahan peribadi dan tidak melibatkan orang lain kerana Rohaizat merupakan orang yang dituduh, bukan rakannya.”

“Rohaizat dipecat pada 27 March 2008 dan dia merayu keputusan Majlis Peguam di Mahkamah Tinggi, yang menolak rayuan tersebut pada 12 Ogos 2009.” tambah beliau.

Ragunath memberitahu, kesalahan yang dilakukan oleh Rohaizat melibatkan wang kepunyaan pemegang-pemegang saham dari koperasi Pekebun Getah dan tidak ada penjelasanmengenai kehilangan wang tersebut.

“Apabila Lembaga meneliti perkara ini dan pengeluaran telah dibuat, tetapi tidak ada pembayaran balik dilakukan kepada pemegang saham yang melibatkan wang berjumlah RM140,000.00.

“Walaupun sekiranya dia membayar balik, satu kesalahan telah dilakukan dan ia merupakan satu kesalahan yang serius kerana melibatkan wang kepunyaan pelanggan.”

No comments:

Related Posts with Thumbnails