Ogos 12, 09 1:06pm
BN akan menunaikan janjinya di kawasan peti undi yang dimenanginya walaupun calonnya kalah dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir 25 Ogos ini.
Teman hairan betul mana Datuk ni belajar politik, namun itulah realiti mentaliti manusia yang berjawatan Ketua UMNO..
Bukankah ini dangkal dan cetek pemikiran? Jika menang, janji ditunai, jika kalah janji tinggal janji! Secara berterus-terang Ketua UMNO ini menghina pengundi-pengundi UMNO di Permatang Pasir. Adakah begitu terdesak dan melaratnya pengundi disana hinggakan undi mereka diperbodohkan oleh pemimpin ini?
Undi daripada rakyat adalah tanda kepercayaan mereka kepada calon. Tak kiralah undi mereka itu kerana benar-benar menyokong/fanatik atau atas pagar mahupun menyampah dengan calon-calon lain kecuali diugut seperti yang dialami oleh kakikatangan kerajaan seluruh Malaysia!
Maka adakah layak undi ini diugut dengan hanya janji pilihanraya? Ya, memang benar hati akan kecewa dan pedih sekiranya kalah namun sebagai Kerajaan Persekutuan, rakyat Permatang Pasir tetap rakyat Malaysia biarpun memilih PR sebagai Kerajaan Negeri! Konsep Federalisme inilah yang sebenarnya tidak pernah ada didalam sanubari pemimpin BN sejak dari dulu,kini dan selamanya! Sehinggalah sampai masa dimana Allah SWT mengizinkan mereka ditendang oleh rakyat keluar dari Putrajaya!
Buat pengundi Dun Permatang Pasir. Jelas bagi kami yang di Selangor ini, kehinaan yang dilemparkan buat kamu semua oleh Ketua UMNO Permatang Pauh ini. harapan kami agar kamu semua pun memahami penghinaan ini dan menolak dengan sejauh-jauhnya UMNO dan Barisan Nasional! Rakyat Malaysia kini menuju ke suatu arah iaitu Malaysia yang lebih baik, yang lebih adil dan berkebajikan kepada rakyatnya. Pulau Pinang sendiri dibawah pemerintahan PR, kita dapat melihat perubahan demi perubahan yang mungkin sedikit perlahan namun tetap menuju ke arah yang sama.
Kami di Selangor mungkin agak kedepan berbanding negeri-negeri PR yang lain. Contoh termudah adalah Bil kemudahan bekalan air yang amat murah selepas Kerajaan Negeri Selangor menanggung bayaran untuk 20 meter padu air daripada keseluruhan penggunaan air bagi setiap kediaman yang menggunakan meter persendirian! Tanyalah sesiapa sahaja di negeri ini hatta orang UMNO sekalipun! Amat munafik jika mereka mengatakan tidak selesa dengan tindakan Kerajaan negeri Selangor yang mengembalikan hak rakyat ini. Ini bukan pemberian Kerajaan Negeri tetapi ini adalah 'Pengembalian Hak Rakyat' oleh Kerajaan negeri!
Tidakkan kita mahu bekalan Elektrik juga sebegitu? Mungkinkah ianya berlaku dibawah pemerintahan Kerajaan Pusat Barisan Nasional? Seumur hidup teman yang kini mencecah 30 tahun, tidak pernah lagi teman melihat tarif Elektrik turun. Wallahua'lam jika ianya pernah berlaku tetapi tidak teman sedari.
Jika ada orang UMNO yang mengatakan PR hanya pandai berkata namun tidak dikota, ini adalah kata-kata yang penuh dengan kedengkian dan dendam! Jelas bukan dengan apa yang teman khabarkan diatas? Itu hanya bekalan air sebagai contohnya, bayangkan betapa banyak 'kelegaan' dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia apabila insurans kenderaan,harga minyak, harga makanan, bayaran perubatan, bayaran cukai dan perkhidmatan seperti pengangkutan awam akan di'rakyat'kan apabila PR memerintah Malaysia berbanding ke'azab'an yang ditanggung kini? semua keperluan rakyat tadi adalah dengan harga 'kroni' yang menyebabkan rakyat semakin terbeban hampir setiap hari!
InsyaAllah, sinar dihadapan rakyat Malaysia semakin kelihatan. Saka-saka pemerintahan penjajah British semakin kelam dihembus oleh kebangkitan sebenar rakyat Malaysia! Baik Melayu yang merupakan tunjang kepada Malaysia, Cina, India dan semua kaum akan bersatu dalam menegakkan keadilan dan mewariskan Malaysia yang lebih bermakna kepada anak cucu kita. Yakinlah dengan perubahan ini dan berpegang teguhlah dengannya. Kelak jangan anak-cucu melayu menghina kita sebagai moyangnya, anak cucu Cina dan India pun turut menghina moyang mereka kerana gagal membuat perubahan untuk kehidupan mereka yang lebih baik!
sunsnake
PAS Zon Bukit Beruntung
No comments:
Post a Comment