Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Friday, August 7, 2009

Sesi Lawatan PAS Kawasan Hulu Selangor ke Zon Bukit Beruntung

Assalammualaikum,
Alhamdulillah, sesi lawatan PAS Kawasan Hulu Selangor ke PAS Zon Bukit Beruntung telah berjalan dengan jayanya malam tadi.
PAS kawasan yang diketuai oleh Yang Dipertuanya, Tn Haji Wahid dan beberapa Ahli Jawatankuasa Kerja kawasan telah disambut oleh hampir 50 orang ahli daripada cawangan-cawangan dibawah kelolaan PAS Zon Bukit Beruntung.
Majlis dimulai dengan Surah Al-Fatihah dan ucapan aluan daripada Pengerusi Majlis yang juga Ketua Cawangan Apartment Anggerik, Taman Bunga Raya.
Diikuti oleh Ucapan Selamat Datang daripada Pengarah PAS Zon Bukit Beruntung, YBhg Al-Fadhil Ustaz Wan dan seterusnya Ucapan Daripada Tn Haji YDP.

Penerangan...
Sesi penerangan daripada Timbalan YDP, yang amat padat sarat dengan peringatan dan penerangan akan pentingnya gerak kerja dan maklumbalas daripada semua ahli kepada pimpinan cawangan,zon dan seterusnya kawasan.
NYDP yang juga Ketua JPRK menerangkan beberapa gerak kerja termasuk untuk pilihanraya kepada semua ahli. InsyaAllah, akan kita sama-sama laksanakan sedaya upaya kita.

Soal-jawab...
Sesi Soal Jawab berlangsung selepas itu. Agak berat soalan-soalan yang dikemukakan dan segalanya dijawab dengan baik dan terang oleh pihak kepimpinan kawasan. Antaranya adalah berkenaan masalah kerosakan rumah-rumah pangsa di dalam kawasan Bukit Beruntung dimana Ketua-ketua cawangan meminta pihak kepimpinan Kawasan membantu dalam berhubung dengan pihak Kerajaan Negeri Selangor bagi menyelesaikan masalah tersebut yang telah berlangsung sekian lama.

Penyampaian...
Sesi diteruskan dengan penyampaian Surat Pengesahan Penubuhan Cawangan Baru di bawah Zon Bukit Beruntung iaitu PAS Cawangan Jalan Kesumba dan penyerahan sijil Keahlian ahli-ahli baru oleh YDP kepada Ketua-ketua Cawangan PAS TBR Teratai, Cawangan Bukit Beruntung/Bukit Sentosa, Cawangan Bukit Sentosa 2, Cawangan Apartment Cempaka, Cawangan Apartment Kenanga dan Cawangan Apartment Anggerik.

Jamuan...
Selepas majlis ditutup dengan Tasbih Kifarah dan Sural Al-Asy, sedikit jamuan disediakan oleh setiap cawangan. InsyaAllah, segala gerak kerja yang telah dirancang akan dilaksanakan sedaya upaya dan semoga Allah SWT memberi keizinan dan kelapanga serta kemudahan dalam melaksanakan agenda menegakkan kalimah Allah SWT dimuka bumi Malaysia ini khasnya dan dunia amnya. Takbir!!!

oleh :
Amri Abdullah Sani
Setiausaha,
PAS Zon Bukit Beruntung

Sedikit rakaman peristiwa tersebut...

Aktiviti 'sound setting' oleh Pakar 'Soundman' PAS Hulu Selangor!














Ucapan Aluan oleh Pengerusi Majlis



















Ucapan oleh Pengarah PASZBB



















Amanat dari YDP Kawasan



















Kata-kata semangat dari TYDP Kawasan



















Arahan gerak kerja oleh NYDP Kawasan



















Selangkah lagi kehadapan dalam penggunaan teknologi!




























Maklumat aktiviti terkini dari Timbalan Pengarah PASZBB



















Soalan 'panas' dari ahli-ahli!














Suasana ceria kembali dalam aktiviti penyampaian sijil keahlian














Pengacara Majlis pun baru dapat sijil?? ohh!! Untuk anak buah...




























Juadah sumbangan cawangan-cawangan PASZBB, Alhamdulillah Syukran Jazilan!














Jelas Ukhwah dalam jemaah! Semoga ikatan kekal hingga ke Syurga Allah SWT!

No comments:

Related Posts with Thumbnails