Rasanya sudah tiba masanya pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mula berkata ‘No Komen’ kepada setiap soalan yang dikemukakan oleh wartawan dari media milik UMNO-BN. Kini seolah-olah media milik mereka menjadi sumber penyebaran komen-komen dan kenyataan akhbar daripada pimpinan PR.
Kita semua tahu betapa jahat dan kejinya media mereka terutama para editor yang senantiasa berusaha memutar-belitkan kenyataan. Sudah terlalu lama kita berada di posisi ‘defensif’ dalam menangani masalah yang dimulakan oleh kita sendiri iaitu ‘memberi kenyataan kepada media UMNO-BN”
UMNO terutamanya yang kini semakin lemas dan tenggelam pastinya akan mengaut dan menggapai apa sahaja yang boleh untuk naik semula ke atas termasuk memanipulasikan kenyataan-kenyataan pimpinan PR!
Bukankah payah sebenarnya apabila pimpinan tadi terpaksa menerangkan balik apakah kenyataan yang sebenar apabila kenyataan mereka diolah oleh editor-editor tersebut? Inilah sebenarnya antara permasalahan yang amat kritikal dan amat perlu diatasi sekiranya kita tidak mahu doktrin meng’gelap’
Jangan lupa akan segala dosa dan kesalahan media mereka!
sunsnake
No comments:
Post a Comment