Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    11 years ago

Wednesday, August 19, 2009

Takde berduit dalam berduit! ke macam mana?

Berduit untuk parti(kuasa) tetapi tak berduit untuk rakyat!!!
Jelas rasuah telah merosak dan semakin menghancurkan UMNO-BN..
Disebabkan rasuah, peruntukan yang sepatutnya diberi atau disimpan untuk kecemasan seperti menghadapi wabak bahaya sekarang ini tak dapat digunakan...

mari saksikan bukti ayat teman diatas didalam dua berita dibawah ini..

Dana bendung H1N1 di sekolah 'tidak cukup' - Malaysiakini

Kementerian Pelajaran mengakui peruntukan RM2.6 juta untuk membekalkan penutup muka, alat penyukat suhu dan pembersih tangan bagi mencegah wabak influenza A (H1N1) ke semua sekolah "masih tidak mencukupi".

"Memang tidak cukup. Penutup hidung dan mulut memang mahal. Bukan mahal macam mana, (ia) tidak boleh dipakai sampai seminggu atau dua minggu, tetapi sehari.

"Kita bagi pada sekolah. Mungkin kalau pelajar dia tidak ramai, dia boleh bagi. Tetapi kalau pelajar ramai, kita minta pelajar beli sendiri," kata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dalam satu sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Ditanya jumlah peruntukan tambahan yang diperlukan bagi menampung kekurangan itu, Alimuddin berkata, beliau tidak pasti kerana ia di bawah seliaan langsung Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong.



Tiong: Saya bukan mesin ATM BN

Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing dikenali sebagai 'Mesin ATM BN' kerana reputasinya yang dikenali amat murah hati untuk memberi bantuan kepada rakan-rakannya dalam BN.

Minggu lalu, pengerusi Jawatankuasa Penyokong Kerajaan (BBC) itu membuat pendedahan menggemparkan apabila mendakwa menyumbang RM10 juta kepada Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat untuk membiayai aktiviti parti tersebut.

Ong bagaimanapun menafikan dakwaan Tiong dan membuat laporan polis mengenainya minggu lalu. Beliau juga mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang Tiong.

Apabila dikecam oleh Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun, Tiong yang juga bendahara Parti Demokratik Progresif Sarawak(SPDP) mendakwa Chew juga turut menerima sumbangan daripadanya.

Semalam, Tiong mendedahkan kepada pihak media bahawa anak syarikatnya hanya mengenakan kadar sewa RM1 bagi kesemua 32 unit yang menempatkan kolej KTAR milik MCA di Penampang, Sabah.


Ntahlahh.... Biarkan lucai terjun dengan labu-labunya... Biarkan..biarkan..

sunsnake

No comments:

Related Posts with Thumbnails