Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Monday, June 8, 2009

Jangan lepaskan Anjing tersepit!

Assalammualaikum,
Teman terpanggil gak nak bagi pendapat berkenaan isu Kerajaan Perpaduan (Unity Government) nie..
Entah macam mana boleh timbul itu semua dah tau.. apa impact pada PAS.. itu semua dah boleh baca.. Apa impact pada UMNO..Itu lagi ramai yang boleh jangka!
Tetapi apa yang teman heran, secara tiba-tiba pemimpin-pemimpin UMNO dah jadi macam muka tak tahu malu!Sibuk bercerita pasal nak bekerjasama dengan PAS!
yang Khairi Jamaludin boleh terlupa dulu dia istilahkan kita sebagai 'beruk-beruk dijalanan!" yang amat malang apabila ada orang PAS pulak yang turut terlupa!
Teman rasa termasuk Najib pun masih tak clear apa yang dimaksudkan dengan Unity Government yang Tuan Guru Hj Hadi ceritakan!

Hatta teman sendiri pun pada mulanya rasa macam maksud ayat itu ialah PAS bergabung dengan UMNO! Nehi-nehi kabinnehi!
Teman harap sangat yang teman akan jadi orang nombor satu! Yang pertama! Numero uno! Yang akan menentang penggabungan PAS dan UMNO!
Ini semacam memuatkan gajah ke dalam lubang jarum! Mana mungkin Islam dan Sekular bersatu!

Jika ada yang terfikir yang PAS akan bergabung dengan UMNO tolonglah! Jangan bermimpin disiang hari! Selagi UMNO mengekalkan sekular sebagai dasar parti mereka, sebagai akidah perjuangan mereka, teman yakin amat mustahil Ustaz Nasha akan setuju! Apatah lagi Tuan Guru Hj Hadi!
Sebagai ahli kepada Parti yang bertanggngjawab menegakkan Islam sebagai perundangan negara, teman harap tiada ahli-ahli PAS yang percaya bahawa Tuan Guru Hj Hadi mahu PAS masuk UMNO atau sebaliknya!

Teman yakin, Tuan Guru sendiri amat faham dan masak dengan tipu daya parti melayu itu.. Dan Ustaz Nasha sendiri secara jelas menerangkan bahawa tiada lagi usaha untuk melaksanakan Unity Government tersebut! Ini semua tipu daya media UMNO! Kalau kita lihat sejak tahun lepas lagi media UMNO dah mula melaga-lagakan pimpinan PAS! Bermula dengan isu muzakarah sehinggalah muqabalah.
Dan pastinya istilah-istilah Erdogan dan sebagainya dilaungkan.. dan malangnya pimpinan Pas sendiri seolah-olah termasuk didalam dakyah tersebut! Istilah tersebut juga bermain-main di bibir pimpinan PAS!! Di bibir ahli-ahli PAS jangan ceritalah!! TV3 sebut sepatah, kita sebut beribu patah!!

Kesimpulannya, jangan tertipu dengan mainan media mereka. Jangan percaya dengan janji-janji manis pemimpin-pemimpin mereka yang jelas toghut, yang jelas sangat tertekan dengan keseimbangan dan kebanjiran sokongan rakyat terutama bukan melayu/Islam terhadap PAS. Ingat dan faham betul-betul bahawa tembok yang UMNO bina untuk memisahkan PAS dan bukan Islam telah hancur! Telah musnah sama sekali!!
Dikala ini, bukan Islam telah mula memandang PAS sebagai salah satu tali untuk bergantung harap bagi menjaga anak-anak mereka dimasa akan datang! Bagi menjamin keselamatan anak mereka ditengah-tengah pemerintahan UMNO-BN yang begitu bijak berlakon sebagai ‘ekstrem’ melayu tetapi hakikatnya merekalah pemusnah bangsa melayu itu sendiri!!!

Isu-isu seperti Perpaduan UMNO-PAS & Komunis ini adalah UNTUK MENGALIH PERHATIAN KITA daripada ISU-ISU BESAR seperti KRISIS PERLEMBAGAAN PERAK! Ini sebenarnya! Jadi kita sebagai ahli PAS WAJIB menghentikan segala isu-isu bodoh dan menyesatkan ini SEKARANG!
Jangan lagi sibuk nak berdebat,berdialog,bergossip!!

Perlu diperingatkan, UMNO telah memulakan gerak kerja mereka di Manek Urai! Mereka telah menggerakkan segala jentera mereka sejak hari kematian ADUN PAS itu lagi! Lalu, mana mungkin kita hanya sibuk merepair hal ‘dalam cawan’ sedangkan diluar cawan ada perjuangan yang lebih besar!!

Nasihat kepada pimpinan PAS, sudahlah tu.. Muktamar telahpun selesai, yang dipilih telah dinobatkan sebagai pemimpin, yang tak terpilih tetap kekal sebagai jemaah PAS! Itu sebenarnya yang paling mustahak!! Istiqamah kita kepada perjuangan! Bukan istiqamah dengan jawatan!

Jom kita mulakan gerak kerja kita ke Manek Urai! Mari kita berpadu dan bersatu dengan PKR dan DAP yang telah terbukti kesetiaan mereka setakat ini! Mana mungkin kita boleh mengkhianati mereka sedangkan musuh utama yang nyata kita ialah UMNO! Dan bukanlah niat kita untuk memusnahkan UMNO tetapi untuk kita sedarkan mereka dengan ayat-ayat Al-Quran! Sepertimana kita menentang manusia yang dirasuk syaitan! Bukanlah kita hendak membunuh manusia itu tetapi syaitan yang berselindung didalamnya yang mahu kita musnahkan dan menyelamatkan manusia tersebut!

Allahuakbar!

sunsnake

1 comment:

Encik Kari Pintar said...

pendapat ana, biarlah pimpinan yg tentukan. mereka punyai ilmu dan mereka ijtihad dengannya disamping bimbingan Allah s.w.t yg bersama2 org2 yg taat n taqwa. sifat jemaah kita adalah waqi'i, atau mengikut zaman dan waktu.

kita perlukan dalil2 naqli wal aqli dalam hujah2 kita. adalah lebih baik memberi ruang pada ulama' yg faqih dalam bidang2 mereka membuat keputusan. sekiranya salah, mereka dapat satu pahala, sekiranya betul, dua pahala.

rasulullah s.a.w sendiri menerima pendapat sahabat2. sahabat2 sendiri memberi pandangan secara baik dan beradab. ana harap, jemaah kita punyai ahli yg beradab dalam memberikan pandangan. siapa kita dibandingkan dengan pimpinan? mereka mungkin lebih taqarrubnya pada Allah dan mereka juga full-time dengan jemaah berbanding kita yg hanya separuh2 masa.

Related Posts with Thumbnails