Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    11 years ago

Saturday, August 1, 2009

Sesungguhnya Maha Benar apa kata PM kita....

Sesungguhnya Maha Benar apa yang dikata dek PM kita ini.. tak payah demo, tak payah bising-bising! Biarkan mereka menentukan apa yang perlu! Mereka yakni Kerajaan Malaysia akan mendengar rintihan rakyat.. dan akan menggubal akta ISA ini mengikut kehendak rakyat..
woit!! rakyat mana?? rakyat macam Brahim Ali? macam mamat Penang yang merapu dalam TV hari tu??
kalau macam tu tobat lahum akta zalim ini takkan dihapus!
Dimata Najib ni, pandangan rakyat itu harus dibaca sebagai 'pandangan pemimpin UMNO'!!!
UMNO-BN ni dah lama mengangap yang bukan penyokong mereka bukan rakyat Malaysia!!
Sila lihat apa yang dilalui oleh rakyat Terengganu sebaik sahaja memilih PAS sebagai kerajaan negeri.. Habis royalti hak Kerajaan Negeri bertukar jadi Wang Ehsan! yang akhirnya semua orang tahu duit yang amat banyak itu ditaburkan kepada semua ahli-ahli UMNO terengganu!!

Royalti minyak Kelantan?? huh! sampai la ni sesen pun rakyat Kelantan tak merasa!! siap bagitau yang Kelantan takde minyak!! abis?? siapa punya minyak yang kat perairan Kelantan tu?? Thailand??

Sudah-sudahlah wahai PMku.. kamu memang selalunya gagal melihat aspirasi rakyat yang sebenarnya.. cukup-cukuplah berlakon seolah-olah kamu memahami..
Pemahaman kamu itu sebenarnya berpaksikan kepada kehendak isteri kamu!
sunsnake

Najib: Tiada kebaikan berdemo, k'jaan kaji ISA
malaysiakini

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata perhimpunan anti-ISA esok tidak membawa sebarang kebaikan kerana kerajaan telah mengambil pendirian untuk mengkaji semula akta tersebut.

"Saya telah umumkan perkara ini bila saya ambil tampuk kepimpinan (negara), bahawa ISA akan dikaji semula dan kita dalam proses ini," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno petang ini.

Sehubungan itu, beliau berharap semua pihak dapat memberi cadangan dan idea yang bernas mengenai bagaimana hendak memperbaiki undang-undang tersebut.

"Kita dalam proses membuat perbincangan untuk mendapatkan maklum balas rakyat. Buat apa kita buat demonstrasi.

"Demonstrasi tidak menghuraikan apa-apa untuk dipertimbangkan oleh kerajaan. Pindaan ISA ini tidak harus dipolitikkan.

"Kita gubal undang-undng mengikut kehendak zaman dan citarasa aspirasi rakyat Malaysia," tambahnya.

Ditanya mengenai soal keselamatan esok, Najib berkata: "Kita serah kepada polis, kita tidak menguruskan pihak polis. Polis ada tanggung mereka nak mengawal keselamatan negara," tambahnya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails