PULAU PINANG, 2 Julai (Hrkh) - Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Yusni Mat Piah merayu orang ramai yang bersimpati dengan dua orang anggota Unit Amal Negeri Pulau Pinang yang terlantar di Hospital Sungai Buloh akibat bas ekspres terbalik di Bukit Berutung ketika perjalanan menghadiri perarakan Mansuhkan Akta Keselamatan Dalan Negeri (ISA) pagi semalam menyumbangkan sedikit derma untuk pembedahan menghindarkan lumpuh separuh tubuh.
Kemalangan tersebut menyebabkan dua daripada dua puluh anggota Unit Amal yang menaiki bas ekspres Konsortium bertolak dari Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam jam 1,15 tengah malam terbabas dan seterusnya berbalik bila melanggar penghadang jalan.
"Dewan Pemuda PAS Negeri merayu orang ramai untuk membantu dua orang anggota Unit Amal yang parah sehingga menyebabkan kemungkinan lumpuh separuh badan. Kos rawatan mereka berdua ialah RM10 ribu," jelasnya.
Menurut Ustaz Yusni lagi, hari ini doktor terpaksa menjalani pembedahan tulang belakang Abdul Razak bagi mengantikan beberapa elemen saraf yang rosak.
Kepada sesiapa yang ingin memberikan sumbangan boleh terus kepada akaun Bank Islam Dewan Pemuda PAS Negeri 07016010059732 atau menghubunginya (Ustaz Yusni) untuk mendapatkan keterangan lanjut di talian 0194500660.
sunsnake
Teman tak perasan langsung yang menumpang kereta teman ke Stesen Komuter Sungai Buluh tu Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang! Allahuakbar! Ustaz Yusni siap duk depan lagi sebelah ana! Kalau mai Rawang jangan lupa contact ana Ustaz..
Bagi yang ada rezeki lebih terutama yang tak dapat joint Demo Sabtu baru ni.. Minta tolong lah bantu sahabat kita ini. Begitu tinggi semangat mereka datang dari jauh sedangkan kita yang memang dekat sangat dengan KL ni pun jenuh nak kena 'bakar' baru nak pergi!!!
No comments:
Post a Comment