Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Friday, August 7, 2009

Najib Bagi.. Zambry macam mana? Buleh ke Yeop?

Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

Email Oleh : safarizal saleh

Kenyataan Media (4 Ogos 2009)

HIMPUNAN BUBAR DUN PERAK; STADIUM PERAK DIPILIH

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) berterima kasih kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri kerana Kerajaan Pusat bersedia untuk menyediakan tempat yang bersesuaian untuk berhimpun secara aman, seperti di stadium untuk mengelak daripada berhimpun di jalanan akan dikotakan.

DPPN Pk akan menganjurkan satu perhimpunan besar-besaran untuk mendesak supaya dibubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak seperti yang telah dibenarkan oleh Datuk Seri Najib baru-baru ini. Himpunan tersebut bakal akan diadakan di Stadium Perak, Ipoh dan tarikh bagi himpunan tersebut akan dimaklumkan kemudian.

DPPN Pk amat menunggu kenyataan seperti yang telah dinyatakan oleh Datuk Seri Najib dan dengan keputusan Kerajaan ini akan melebarluaskan sistem demokrasi dalam negara kita. DPPN Pk amat yakin juga bahawa semua pihak mesti akur tuntutan demokrasi yang ada didalam negera kita ini.

DPPN Pk berharap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan juga Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan memberikan kerjasama penuh nanti. DPPN Pk juga berharap kenyataan Datuk Seri Najib adalah benar dan tidak berselindung dengan motif politik kotor Umno / Barisan Nasional (BN).

DPPN Pk akan mengutus surat kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bagi memohon menggunakan Stadium Perak, Ipoh manakala akan juga mengutuskan surat kepada Ketua Polis Negeri Perak untuk memberikan kebenaran perhimpunan tersebut. DPPN Pk berharap semua pihak akan akur dengan kebenaran daripada Datuk Seri Najib.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.


sunsnake
- silap-silap Najib bagi, Zambry bagi, Polis pulak tak bagi!!
dohhh!! jadi haram gak sudahnye..
Selamat la Najib dan Zambry sebab yang tak bagi bukan depa.. tapi Polis..

chaitt!!!

3 comments:

n07_malaysia said...

nnti klo pr naik plk, jom pkt rmai org bn wt rusuhan plk..bru bezz wooo...smapi kita dh mti pun, ank cucu kita akan wat rusuhn...bgus2...hdup rusuhan...dgn rusuhn, msia akn lebih aman dan makmur n menglhkan kemakmurn thai...btl tk?
seronoknya tgk mlaysia mcm tu..tk sbr nk tgk...

maw said...

kita tak buat rusohan,kita meluahkan bantahn atas kezaliman tanpa mengira darjat,bangsa dan agama sapertimana tujuan berdemo itu direncanakan oleh kami.apakah pulak tujuan mereka membangkitkan provoke para pendemo dengan secara terancang sebelum waktu berdemo bermula?sekilas ikan diair pendemo boleh meneka nawaitu pihak bn/umno serta kuda kudaanya.nak bagi berdemo distadium,adakah ini satu cara mengepong suara bebas atau mendapat khidmat percuma untok menguji stadium tu tahan lasak atau pun tak.kalaulah jadi macam dtrangnukite,bolehlah saman pendemo sepantas kilat terselamat kontraktor berwibawa.bebeno hampeh!

Parti Islam SeMalaysia Zon Bukit Beruntung said...

jangan bengap jiwa nak bezakan rusuhan dan demo aman..
dan jangan 'peghakkk' sangat..

hidup kena pandai.. jangan jadi bodoh sebab yang bodoh itulah akan kena pijak dan kunyah dengan pemimpin2 UMNO.. macam kamu!

Related Posts with Thumbnails